Friday, June 27, 2008




Salam Semua....

Saja jer nak share gambar nie since ramai yg berkenan....Pada yg tak kenal lagi, inilah buah hati saya n hubby....nampaknya dah meriah family kami, iyelah, melayan keletah dan kerenah kupu-kupu dari syurga ni memang menakjubkan. Truly, they're my ANGELS....

Ada juga yg bertanya, how I can cope with them and at the same time finishing up my study? I think it's all about the time management and sacrifices. Deep inside my heart, want to have both family and career in balance, but I know it's quite impossible. So, sometimes I'll focus more on my work, especially during weekdays, and weekends I must spend with them (thhe..hee..even the office hrs are only from 8-5) So, night time usually I spend to teach them Muqaddam or Iqra' after Maghrib, watching tv and try to at least read them 2 stories just before they went for sleep. itu ler my routine.

Another FAQ to me is that dah tutup buku ke atau ada lagi? Huisshhh...mulut org nikan, bukan kita boleh tutup cam mulut tempayan bolehlah gak ditutup ngan paper lama ke kan....so, jawapannya.....Saya hanya merancang Allah yg menentukan......kwang3x.

Hee..hee...itu lah celoteh kali ni. Boring sebenarnya nih....dah kekeringan idea nak menulis thesis. Till then....happy weekends guys....

Friday, June 20, 2008

O.B.E.S.E. ..... scary us enough! How about you all?

Salam Semua,
I read this article from a newspaper...just to share with you guys, what I've been worried of .....O.B.E.S.E. Since I do, now me and hubby extensively taking care of ourselves, trying to loose weight until we reach the ideal one. Before the alarm is ringing, better be careful, right. Of course PREVENTION IS BETTER THAN CURE.

What we do is to control our diet, and consume HERBALIFE's products. Be consistent and produce good results....Any guys interested, don't hesitate to contact me, ok?

Wassalam....and happy reading of below articles...and HAPPY WEEKEND too.

Sihat: Pinggang ramping serlah keyakinan diri
Oleh Nor Affizar Ibrahim (Berita Harian Khamis, 19 Jun 2008


Kajian menunjukkan penampilan fizikal menarik dorong individu lalui kehidupan lebih baikPINGGANG ramping bak kerengga! Sudah pasti ramai yang mengidam memiliki bentuk tubuh seperti itu kerana memiliki pinggang ramping akan membuatkan penampilan fizikal seseorang itu tampak lebih cantik dan memikat. Apa yang lebih menarik kajian terkini mendapati individu mempunyai pinggang lebih ramping, cenderung untuk memiliki kehidupan lebih baik. Ini berbanding individu memiliki pinggang besar yang didapati mempunyai keyakinan diri dan tahap kepuasan hidup rendah.

Penemuan itu adalah hasil kajian Keyakinan-Diri, Kepuasan Kehidupan dan Pengukuran Berat sempena kempen Happy Weight with 10 anjuran Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) dengan kerjasama Abbot Laboratories. Kempen berkenaan bermatlamat meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pengurusan berat badan secara proaktif. Pensyarah Kanan Klinik Psikologi, Unit Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersepadu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Alvin Ng, berkata antara penemuan utama yang menarik di dalam kajian itu ialah responden memiliki ukur lilit pinggang lebih kecil turut cenderung untuk berpuas hati dengan kehidupan mereka. "Rumusan pendapat itu adalah berdasarkan hubung kait antara ukur lilit pinggang dan Indeks Berat Badan (BMI) dengan keyakinan diri serta kepuasan hidup. Kaji selidik ini juga mendapati, kaitan secara langsung antara kepuasan kehidupan individu dan keyakinan diri," katanya ketika membentangkan hasil kajian berkenaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kajian itu dikendalikan oleh Frost & Sullivan pada suku pertama tahun ini membabitkan sejumlah 332 responden, termasuk 120 lelaki dan 212 wanita dari Lembah Klang. Responden berusia dari 25 hingga 40 tahun yang merangkumi kaum Melayu, Cina dan India. Dr Ng berkata, keputusan kajian juga mendapati lelaki lebih tinggi, berat dan mempunyai pinggang lebih besar berbanding wanita. Dari segi usia, wanita berusia antara 36 hingga 40 tahun kebanyakan mempunyai pinggang lebih besar daripada wanita muda berusia 21 hingga 30 tahun, tetapi keadaan demikian tiada perbezaan di kalangan lelaki. Kajian itu juga mendedahkan, bahawa kebanyakan daripada responden mempunyai berat badan berlebihan, berdasarkan kepada klasifikasi BMI di Asia. Bagaimanapun, lelaki Melayu mempunyai BMI lebih tinggi berbanding lelaki Cina. Selain itu, penemuan kajian turut mendapati individu yang sudah berkahwin kebanyakan berpuas hati dengan kehidupan dan perhubungan mereka serta menerima lebih banyak penghargaan daripada kawan, keluarga serta rakan sekerja berbanding mereka yang bujang.

Sementara itu, Presiden MASO, Prof Dr Ismail Noor, berkata keputusan kajian itu mengukuhkan lagi fakta mengenai kepentingan menurunkan berat badan secara keseluruhan termasuklah aspek psikologi dan fizikal. Beliau berkata, kegemukan sudah menjadi isu yang semakin meningkat terutama di negara perindustrian atau pun negara yang sedang giat mengembangkan perindustriannya.

Sejak 10 tahun lalu, bilangan rakyat Malaysia yang memiliki berat badan berlebihan dan gemuk berganda dengan cepat, secara tidak langsung memberi petanda kepada peningkatan masalah mental serta fizikal. "Masalah kegemukan perlu ditangani kerana jumlahnya semakin meningkat, malah ada bayi yang dilahirkan obesiti. Hakikatnya, obesiti boleh berlaku pada mana-mana peringkat usia dan tidak kira di bandar atau luar bandar. Paling penting, ialah mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengatasi masalah kegemukan kerana ia amat bermakna untuk kesihatan individu. Lebih-lebih lagi, kos perubatan pada masa kini bukan lagi murah," katanya. Obesiti dedah risiko penyakit kronik

"SAYA gemuk. Jadi, kenapa?" Itulah jawapan sinis diberikan Encik X apabila berat badannya dipersoalkan oleh orang lain di sekelilingnya. Mempunyai berat badan berlebihan sememangnya hak individu dan mungkin ada tidak senang hati apabila perkara itu dibangkitkan, tetapi suka atau tidak, sesuatu yang harus diketahui hakikatnya berat badan meramalkan kesihatan anda.

Pakar Perunding Endokrinologi, Dr Faridah Ismail, berkata masalah berat badan berlebihan atau obesiti bukan hanya isu kecantikan, tetapi turut membabitkan penyakit berbahaya yang boleh menyerang individu berkenaan. Beliau berkata, berat badan berlebihan perlu dipandang secara serius dan ditangani dengan baik kerana jika tidak ia boleh menyebabkan kematian lebih awal serta membuatkan kehidupan individu terbabit derita, di samping akan turut mengalami beberapa kesan psikologi. Dr Faridah berkata, berat badan berlebihan mudah diketahui terutama apabila lemak berlebihan terkumpul pada bahagian pinggang. Lemak yang terkumpul pada bahagian itu bukan saja menyebabkan ukuran pinggang bertambah besar daripada sebelumnya, tetapi akan meningkatkan risiko kesihatan dengan ketara berbanding lemak tersimpan pada pinggul atau paha.

Keadaan itu akan meningkatkan risiko menghidapi penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit kencing manis, penyakit jantung, strok, barah, masalah sendi dan penyakit pernafasan. "Lebih gemuk seseorang itu maka lebih mudah untuknya mendapat penyakit diabetes jenis 2. Penyakit diabetes ini akan mendedahkan individu berkenaan risiko serangan sakit jantung, kegagalan buah pinggang, strok dan gangren serta mempunyai banyak kolestrol. Serangan pertama sakit jantung boleh menyebabkannya maut.

"Selain terdedah dengan risiko pelbagai penyakit, mereka yang obesiti dan sudah berkahwin turut mengalami masalah kesuburan. Bagi wanita yang hamil pula akan menghadapi banyak masalah kesihatan," katanya ketika membincangkan topik Kebaikan Menurunkan 10 peratus Berat Badan. Dr Faridah turut mengingatkan ibu bapa agar memantau berat badan dan menjaga pemakanan serta kegiatan aktiviti anak mereka kerana pada masa kini, kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada menghadapi masalah obesiti. Sehinggakan ada kanak-kanak yang menghidap diabetes seawal usia sembilan tahun. Di Barat, katanya, masalah obesiti di kalangan kanak-kanak kini dipandang serius. Misalnya, di United Kingdom, tahun lalu pihak berkuasa memberi kata dua, akan menarik hak penjagaan ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang mempunyai berat badan 218 paun kecuali wanita itu memperbaiki diet anaknya. "Ibu bapa perlu ingat obesiti tidak comel, tetapi adalah masalah.

Selain diabetes, gemuk berlebihan juga boleh menyebabkan individu itu menghidap penyakit serangan sakit jantung dan barah, termasuk barah kolon, barah payu dara serta barah rahim. Malah, masalah kegemukan juga menyebabkan individu itu berdepan dengan sindrom kesukaran tidur yang boleh membuatkannya berdengkur kuat atau kurang mendapat kualiti tidur cukup," katanya. Beliau berkata, berat badan berlebihan juga menjejaskan kualiti kehidupan seseorang itu dan menimbulkan lebih banyak kesakitan serta kesulitan dalam rutin hariannya. Antara kesakitan yang sering dialami oleh mereka yang terlalu gemuk ialah sakit sendi, sakit belakang dan sebagainya. Bagi yang bekerja, lebih menghadapi masalah kerana terpaksa kerap mengambil cuti sakit dan sudah tentu ia akan menjejaskan prestasi kerja serta kurang disenangi majikan.

Bagi mengatasi masalah kegemukan Dr Faridah berkata, langkah pencegahan adalah yang terbaik dan ia hendaklah dimulakan daripada peringkat kanak-kanak lagi. "Individu yang berjaya mengurangkan 10 peratus daripada berat badan mereka akan menyaksikan peningkatan kesihatan seperti menurunkan risiko menghadapi tekanan darah, kolesterol lebih rendah, sakit jantung dan penyakit kencing manis jenis 2. "Bagaimanapun, individu yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan perlu melakukannya melalui kaedah sihat, selamat dan bukannya mengikut aliran diet yang tidak pasti kesahihannya," katanya.

Dr Faridah berkata, bagi mengurangkan berat badan secara sihat, seseorang individu perlu menukar diet pemakanannya, meningkatkan aktiviti fizikal, mengubah cara kehidupan dan berbincang dengan doktor mengenai cara menggunakan ubat-ubatan berdaftar bagi membantu usaha menurunkan berat badan. "Jika seseorang itu sudah obesiti, tetapi berjaya kurangkan berat badan yang berkekalan antara lima hingga 10 peratus ia dapat membantu meningkatkan tahap kesihatannya. Pengurangan berat badan yang berkekalan walaupun pada kadar sederhana seperti itu didapati boleh mengurangkan risiko kesihatan, termasuk memastikan tahap kolesterol dan kawalan diabetes serta tekanan darah bertambah baik. Selain itu ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok dan barah," katanya.

INFO: Menurut Garis Panduan Asia Pasifik, ukuran pinggang anda sepatutnya:
Ukuran Pinggang ----- Risiko bertambah jika melebihi
Lelaki ----- 90 sentimeter (35.5 inci)
Perempuan ----- 80 sentimeter (31.5 inci)

Jumlah kalori yang boleh digunakan sepanjang 30 minit melakukan senaman berikut:
Berdansa 178 kalori
Berjoging 228 kalori
Bermain tenis 228 kalori
Bermain golf (dengan buggy) 113 kalori
Berenang 195 kalori
Bermain boling 98 kalori
Mengayuh basikal 129 kalori
Bermain badminton 156 kalori

Wednesday, June 11, 2008

MOVIE OH MOVIE

Salam Watchaaaa.....

Last weekend on the Saturday, me, hubby and my boys went for this movie. actually, I've got free ticket (opps again; that day went for Narnia, but tickets courtesy from their maklang TV3), but this time with little effort...As my boys are the McD's clubmembers, and McD's offered numerous tickets with the condition and terms lah....

So, the mom (me lah) hee..hee... did the necessary and yes we received 4 tickets which worth RM40....hee..sapa nak bagi kan? So, we watched at Alamanda. had to leave Alisya and Azzalea...ala...ciannya....takper, your time will come....

Boys definitely enjoyed the movie except their daddy.....he fall asleep in the cinema! Huh sungguh buang karan....

Instead of learnt the moral of the story they also did and practised this...haa..ha...(keluar jer dr wayang tu terus praktis). Sabar jer....

Last month (24th May) we watched Narnia. But this time without Hubby bcoz he had to go to work. So we went with the sponsor lah Maklang.... Boys were extremely happy and enjoyed the movie, since this story was engorged with live and talking animals, trees etc...kan? The mom pulak....suka tgk muka Prince of Caspian nya....hensem kan?

Sesapa yg tak tau, namanya Ben Barnes.....heheh...ala2 Faizal Tahir versi UK ....

Hmm oklah guys...saja jer nak share citer....
Bukannya apa, as a mom I tried my best to always enlightened them and bring smiles onto their faces..... When they do, I'll feel so good....

Wassalam.