Thursday, February 19, 2009

TERHARU


Malam tadi entah kenapa hati ni terlalu hiba, perasaaan bercampur baur, mmg dah takde mood sedari ofis dek kerana stress kerja, dan ditambah lagi dgn masalah dan konflik dalam diri. Hanya pada Allah tempat mengadu....

Sewaktu hendak menidurkan along dan angah, hati ini terlalu rindukan Alisya, walaupun baru sehari terpisah dgnnya....lantas kucapai telefon dan menelefon ibu mertuaku....pabila diketahuinya ibunya yg menelefon, terus dia cakap, "Ibu, datanglah ambik Chacha"...Acha nak Ibu......Acha nak balik umah Ibu.... Ya Allah, sedih hati ni jgn dikata lah...lantas airmataku ini tak dapat ditahan2 lagi....serasa nak pergi dan peluk dia time tu jugak....So, mlm tadi adalah kali pertama aku menangis sekuat2nya di depan anak bujangku....dan mereka kelihatan agak kaget.....

Along sewaktu itu terus bangun dan pergi ke meja, dia menulis sesuatu dan mewarnakan sesuatu dalam gelap dan cepat2, kerana waktu itu kami sepatutnya dah tidur.... sedang aku memujuk hati ini dan sambil teresak2, along menghampiriku, mencium pipiku dan menyerahkan apa yg ditulisnya sebentar tadi.....dan memberitahuku, "Ibu, Along sayang Ibu....." kalian lihatlah apa yg dibuatnya dalam gelap, walaupun tak secantik mana, kerana dia just grab apa pen dan colour yg ada atas meja masa tu, namun bagiku tiada ternilai harganya.....Aku terkesima dan amat terharu dan kami berpelukan bertiga bersama angah.....dan tertidur......