Tuesday, July 25, 2006
TENSIONNYA!!!!
Dahlah si Ariff tu dah sayang kat maid pinjam aku tu. Maid tu pulak nak balik sbb ada hal yg ptg. kat Indon tu. Kesian kat anak2.Tension jer.....Hubby pun byk keje, selalu outstation, aku jugak yg nak pikul semuanya....
Stressful betoii.... SABAR JE LE.....
Camne nak concentrate kat study??? Kalau asyik kita yg nak sacrifice utk family.
Kesian aku.....
Thursday, July 20, 2006
Dealova
Baru2 nie, kita digemparkan dengan beberapa kejadian yg sepatutnya membuatkan kita berfikir.....Kita telah diajar bahawa sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya....Bala yg menimpa negara jiran kita lepas satu, satu....tsunami, gempa bumi, letupan gunung berapi; belum lagi bala yang dicipta manusia..... pastinya ada yang Maha Esa ingin sampaikan pada kita semua. Al-quran juga menyebut bahawa apabila dunia semakin diancam dengan pelbagai ancaman bencana alam, maka maknanya hari itu kian hampir.....hari Kiamat. Marilah kita sama2 tingkatkan amalan masing2 utk persediaan kita menghadap-Nya.
Samalah dengan diri ini, sejak 2 menjak nie, terlalu berat rasanya dugaan yang dihadapi, hanya Tuhan yang tahu, apa rasa dalam hati nie.... Tapi aku percaya bahawa Tuhan tidak akan menimpakan masalah pada hamba-Nya melainkan yang tidak bisa ditanggung. Lantas, aku harus kuatkan semangat dan tingkatkan usaha disamping doa yg tak putus agar ku dapat menjalaninya dengan tenang dan sabar. Insya'allah satu hari nanti akan terlerailah segalanya dan mentari akan bersinar kembali.....
Dan biasalah seperti yg selalu kukatakan pada teman2, insan tersayang tempat mengadu yg telah lama kembali pada-Nya (lagi 2 minggu genap 3 tahun), disaat2 begini terutamanya, aku terlalu merinduimu. Dan rasanya lagu ini amat sesuai buatmu ABAH tersayang. Kalaulah abah ada disisi....
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih,
Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada
Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi
Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada
Monday, July 17, 2006
Cencomel and Brothers
Nie gambo terbaru Aidiel, Ariff and Alisa. Masa Aidiel baby muka dia cam Alisa. Semangat pun sama, iyalah diaorang nie overdue babies, and they were born 3.75kg (Aidiel); 3.1kg (Ariff) and 3.74kg (Alisa).
Aidiel n Ariff suka sgt minta nak riba Alisa, so I bglah tp kena lah jaga2, takut terlepas kan?
Tapi sekarang, Along n Angah dah nak sama besar, Angah tu cepat tinggi sikit, padahal beza umur dekat 2 tahun.
Apapun, Alisa suka jer abg2 dia main ngan dia, walau pun kdg2 nampak kasar sgt abg2 dia nie, tapi dia sengih je.... Harap2 all my kids will grow healthily and happily always.....
Saturday, July 15, 2006
Gambar terbaru anak2
Gambar nie masa we all gi Family gathering kat Kodiang Kedah 4 June lalu. On the way back tu, ternampak ladang ostrich kat tepi jalan. Singgah jap and snap few pictures. Alisa tgh tido masa nie. Tu yg takde dia kat gambar nie.
Gambor nie masa bebudak tu di riba oleh maklang diaorang. Baru balik dari wedding my friend Emy.