Thursday, October 09, 2008

Happy Birthday Aidiel Ikmal


Salam semua,


Hari ini genaplah 6 tahun putera sulung kesayanganku, Aidiel Ikmal. Tengoklah wajah2nya...dlm gambar kat atas tu. cuma gambar masa baby je tak dapat nak masukkan...tak sempat nak scan.



Pagi tadi sewaktu aku wish dia, dia tersipu2, tapi kesian pulak dengar dia request nak bawa kek ke nursery, nak makan ngan kawan2....so, tadi aku telah belikan kek coklat kegemarannya, dan ptg ni akan ku celebrate bersama kawan dan cikgunya di sekolah....


Ibu harap Aidiel akan membesar dengan sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa di dalam perlindungan Allah selalu hendaknya, menjadi anak yg soleh dan dikurniakan kecerdasan dan kebijaksanaan. Walaupun Aidiel ada 3 lagi adik, tapi percayalah ibu dan ayah tak pernah membezakan kasih sayang kami pada semua. Dan ibu menyayangi Aidiel lebih dari nyawa ibu sendiri....mmmuahhhsss....

Tuesday, September 09, 2008

Ogos....Biarkan berlalu.....

Salam semua,

Bila menjelang Ogos, hati ni tak dapat dibohongi dgn kerinduan yg amat pada insan yang amat disayangi...Abah...3 Ogos adalah tarikh terakhir aku melihatnya, mendakapnya.....Tahun ini genaplah 5 tahun pemergiannya menemui Ilahi....dan aku masih terasa seolah baru lagi peristiwa itu....

Dan 31 Ogos baru ini Opah ku pula telah pulang ke Rahmatullah.....setelah menderita sakit....kami redha atas pemergiannya....

Sewaktu di pusara, berhimpunlah 3 beranak (kubur berdekatan), pakcik ku yg meninggal pada 1 Ogos 2003, Abah pada 3 ogos 2003 dan Opah 31 ogos.......Al Fatihah buat mereka dan semua yg telah pergi.....

Wednesday, August 27, 2008

TRIP KE JB & COUSIN'S WEDDING

Salam semua,

Dah lama tak jenguk blog, so nak ambil kesempatan juga utk mengucapkan Selamat Berpuasa, semoga kita semua mendapat keberkatanNya, dan didoakan juga semoga kalian dapat menjalani ibadah puasa dgn penuh kesabaran, keimanan dan keinsafan....Ada terbaca, digalakkan kita bermaafan juga sblm berpuasa ini, maka saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan saya selama ini.

Well, saja nak share few photos semasa kenduri kawin cousin Hubby di JB, moga kalian kekal bahagia hingga keakhir hayat....

Gambar atas sekali, Ariff n Alisa....

then 4 org tu, Aidiel, Ariff, with their 'uncle' Niki n Naiji...jadi pengiring pengantin....

Till then, adios.

Tuesday, July 29, 2008

Don't Worry, Be Happy

Salam kengkawan semua,

Tak sangka ramai sahabat dan adik2 yg prihatin terhadap diriku ini, sorotan daripada coretanku yg lalu. Jadi, rasanya terpanggil utk update di sini, air yg keruh dah kurang keruhnya......tp belumlah jernih sepenuhnya.

Apapun, that person dah pun meminta maaf, oleh kerana tidak dapat mengawal emosinya. namun bukan itu yg kumahu, aku benar2 mahu dia berubah demi masa depan keluarganya sendiri terutama anak2 yg masih kecil.

Dan kini, hati terhibur sbb keprihatinan sahabat handai semua. Biarpun masalah belum selesai kesemuanya, hidup ini mesti ENJOYYYY kata Puteri....hehehe....

Oklah, to all my beloved friends, don't worry ok, but be happy.....adios...

Friday, July 25, 2008

Sorrow week

At first I thought not to share this but I felt so bad especially lately with my personal life. I really upset and chagrined.....there are so many things so annoyed...especially when dealing with people attitude.

It is the toughest thing when you have to admonish someone who is so close to you. Not all have an open minded set, and yet too many of them are so emotional.... To be frank is often hurts....and that had happened to me yesterday.

It was quite sometimes that I want to say it but I always decided not to until yesterday when I felt that I must tell the truth about what I dislike. "Katakanlah yang benar itu sekalipun ianya amat pahit utk diperkatakan"....

Well, after I did, yup, it happened as expected, and I felt so disheartened..until now, the wound still bleeding and deep inside I felt so lamentable. However, life must be go on, and it's not the end of the world, just let it pass and release.

Not sure when that person will change, but he should realized that I did that for his own good and because of our same blood running inside our vessels. May Allah show him the truth and he'll realized and change soon.

I'm healing myself.....

Wednesday, July 16, 2008

LOOSE WEIGHT NOW, ASK ME HOW

Bertentang Mata: 'Sengsara saya berakhir'

Oleh Siti Shahila Ahmad





GAMBAR (kiri): DULU: Empat tahun lalu Mazliwati menghadapi kesukaran untuk memasuki kereta. GAMBAR (kanan): KINI: Keyakinan diri Mazliwati meningkat sejak berjaya menurunkan berat badan.
Mazliwati bersyukur keazaman turunkan berat badan berjayaMAZLIWATI Md Shah, 32, yang mempunyai berat badan 208 kilogram (kg) tahun lalu, kini berjaya menurunkannya kepada hanya 88kg selepas menjalani rawatan dan diet seimbang. Dia berkongsi rahsia kejayaan untuk keluar dari dunia obesiti bersama wartawan Siti Shahila Ahmad.


BERAPA berat Mazliwati sekarang?

Berat saya kini 88kg berbanding 208 kg empat tahun lalu. Sejak tahun lalu saya berjaya menurunkan berat 120kg secara berperingkat. Doktor menyarankan saya mengurangkan lagi berat hingga 57kg tetapi bagi saya cukuplah setakat 65kg.


Perasaan Mazliwati sekarang?
Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan kerana banyak perubahan berlaku sejak saya mula menjalani diet yang betul. Kesengsaraan yang saya lalui sebelum ini sudah berakhir, malah saya kini mampu bersosial. Keyakinan saya juga semakin tinggi.
Apa usaha bagi menurunkan berat badan? Usaha yang saya lalui bukan mudah kerana banyak pengorbanan diperlukan. Antaranya, meninggalkan nasi dalam menu harian sejak setahun lalu dan melebihkan sayuran serta protein. Saya juga melakukan senaman ringan.


Bagaimana kesihatan Mazliwati sekarang?

Dulu saya menghidap darah tinggi, kencing manis, sesak nafas dan sukar bergerak, malah susah tidur. Kini semua penyakit itu sudah hilang. Kulit saya semakin anjal dan tiada selulit. Ukur lilit pinggang saya 34 inci, berbanding dulu 75 inci.


Apa impian Mazliwati selepas ini?

Saya ingin membuka salun kecantikan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk kecantikan. Saya mahu mencapai cita-cita dulu sebelum berkahwin. Siapa pendorong Mazliwati selama ini? Keluarga pembakar semangat utama dan terima kasih kepada perunding kesihatan, Profesor Jasmi dan Dr Norlaila dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Dr Mazliza dari Hospital Sungai Buloh.
This article taken from today's paper, really give me inspiration....
I'm sure I can achieve my target.... with the aid of the very convenience Herbalife program, which also a very healthy way to loose weight.....
HERBALIFE...CHANGE MY LIFE (with God's Will)....
P/S: For your info, my Hubby had lost total of 10kg within a one and half month, he's so happy coz many started to ask him where his 'boroi' tummy gone? Hee..hee.. and me had lost almost 5 kg.....Alhamdulillah....
We'll be more consistent and persistent after this....

Friday, June 27, 2008




Salam Semua....

Saja jer nak share gambar nie since ramai yg berkenan....Pada yg tak kenal lagi, inilah buah hati saya n hubby....nampaknya dah meriah family kami, iyelah, melayan keletah dan kerenah kupu-kupu dari syurga ni memang menakjubkan. Truly, they're my ANGELS....

Ada juga yg bertanya, how I can cope with them and at the same time finishing up my study? I think it's all about the time management and sacrifices. Deep inside my heart, want to have both family and career in balance, but I know it's quite impossible. So, sometimes I'll focus more on my work, especially during weekdays, and weekends I must spend with them (thhe..hee..even the office hrs are only from 8-5) So, night time usually I spend to teach them Muqaddam or Iqra' after Maghrib, watching tv and try to at least read them 2 stories just before they went for sleep. itu ler my routine.

Another FAQ to me is that dah tutup buku ke atau ada lagi? Huisshhh...mulut org nikan, bukan kita boleh tutup cam mulut tempayan bolehlah gak ditutup ngan paper lama ke kan....so, jawapannya.....Saya hanya merancang Allah yg menentukan......kwang3x.

Hee..hee...itu lah celoteh kali ni. Boring sebenarnya nih....dah kekeringan idea nak menulis thesis. Till then....happy weekends guys....

Friday, June 20, 2008

O.B.E.S.E. ..... scary us enough! How about you all?

Salam Semua,
I read this article from a newspaper...just to share with you guys, what I've been worried of .....O.B.E.S.E. Since I do, now me and hubby extensively taking care of ourselves, trying to loose weight until we reach the ideal one. Before the alarm is ringing, better be careful, right. Of course PREVENTION IS BETTER THAN CURE.

What we do is to control our diet, and consume HERBALIFE's products. Be consistent and produce good results....Any guys interested, don't hesitate to contact me, ok?

Wassalam....and happy reading of below articles...and HAPPY WEEKEND too.

Sihat: Pinggang ramping serlah keyakinan diri
Oleh Nor Affizar Ibrahim (Berita Harian Khamis, 19 Jun 2008


Kajian menunjukkan penampilan fizikal menarik dorong individu lalui kehidupan lebih baikPINGGANG ramping bak kerengga! Sudah pasti ramai yang mengidam memiliki bentuk tubuh seperti itu kerana memiliki pinggang ramping akan membuatkan penampilan fizikal seseorang itu tampak lebih cantik dan memikat. Apa yang lebih menarik kajian terkini mendapati individu mempunyai pinggang lebih ramping, cenderung untuk memiliki kehidupan lebih baik. Ini berbanding individu memiliki pinggang besar yang didapati mempunyai keyakinan diri dan tahap kepuasan hidup rendah.

Penemuan itu adalah hasil kajian Keyakinan-Diri, Kepuasan Kehidupan dan Pengukuran Berat sempena kempen Happy Weight with 10 anjuran Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) dengan kerjasama Abbot Laboratories. Kempen berkenaan bermatlamat meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pengurusan berat badan secara proaktif. Pensyarah Kanan Klinik Psikologi, Unit Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersepadu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Alvin Ng, berkata antara penemuan utama yang menarik di dalam kajian itu ialah responden memiliki ukur lilit pinggang lebih kecil turut cenderung untuk berpuas hati dengan kehidupan mereka. "Rumusan pendapat itu adalah berdasarkan hubung kait antara ukur lilit pinggang dan Indeks Berat Badan (BMI) dengan keyakinan diri serta kepuasan hidup. Kaji selidik ini juga mendapati, kaitan secara langsung antara kepuasan kehidupan individu dan keyakinan diri," katanya ketika membentangkan hasil kajian berkenaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kajian itu dikendalikan oleh Frost & Sullivan pada suku pertama tahun ini membabitkan sejumlah 332 responden, termasuk 120 lelaki dan 212 wanita dari Lembah Klang. Responden berusia dari 25 hingga 40 tahun yang merangkumi kaum Melayu, Cina dan India. Dr Ng berkata, keputusan kajian juga mendapati lelaki lebih tinggi, berat dan mempunyai pinggang lebih besar berbanding wanita. Dari segi usia, wanita berusia antara 36 hingga 40 tahun kebanyakan mempunyai pinggang lebih besar daripada wanita muda berusia 21 hingga 30 tahun, tetapi keadaan demikian tiada perbezaan di kalangan lelaki. Kajian itu juga mendedahkan, bahawa kebanyakan daripada responden mempunyai berat badan berlebihan, berdasarkan kepada klasifikasi BMI di Asia. Bagaimanapun, lelaki Melayu mempunyai BMI lebih tinggi berbanding lelaki Cina. Selain itu, penemuan kajian turut mendapati individu yang sudah berkahwin kebanyakan berpuas hati dengan kehidupan dan perhubungan mereka serta menerima lebih banyak penghargaan daripada kawan, keluarga serta rakan sekerja berbanding mereka yang bujang.

Sementara itu, Presiden MASO, Prof Dr Ismail Noor, berkata keputusan kajian itu mengukuhkan lagi fakta mengenai kepentingan menurunkan berat badan secara keseluruhan termasuklah aspek psikologi dan fizikal. Beliau berkata, kegemukan sudah menjadi isu yang semakin meningkat terutama di negara perindustrian atau pun negara yang sedang giat mengembangkan perindustriannya.

Sejak 10 tahun lalu, bilangan rakyat Malaysia yang memiliki berat badan berlebihan dan gemuk berganda dengan cepat, secara tidak langsung memberi petanda kepada peningkatan masalah mental serta fizikal. "Masalah kegemukan perlu ditangani kerana jumlahnya semakin meningkat, malah ada bayi yang dilahirkan obesiti. Hakikatnya, obesiti boleh berlaku pada mana-mana peringkat usia dan tidak kira di bandar atau luar bandar. Paling penting, ialah mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengatasi masalah kegemukan kerana ia amat bermakna untuk kesihatan individu. Lebih-lebih lagi, kos perubatan pada masa kini bukan lagi murah," katanya. Obesiti dedah risiko penyakit kronik

"SAYA gemuk. Jadi, kenapa?" Itulah jawapan sinis diberikan Encik X apabila berat badannya dipersoalkan oleh orang lain di sekelilingnya. Mempunyai berat badan berlebihan sememangnya hak individu dan mungkin ada tidak senang hati apabila perkara itu dibangkitkan, tetapi suka atau tidak, sesuatu yang harus diketahui hakikatnya berat badan meramalkan kesihatan anda.

Pakar Perunding Endokrinologi, Dr Faridah Ismail, berkata masalah berat badan berlebihan atau obesiti bukan hanya isu kecantikan, tetapi turut membabitkan penyakit berbahaya yang boleh menyerang individu berkenaan. Beliau berkata, berat badan berlebihan perlu dipandang secara serius dan ditangani dengan baik kerana jika tidak ia boleh menyebabkan kematian lebih awal serta membuatkan kehidupan individu terbabit derita, di samping akan turut mengalami beberapa kesan psikologi. Dr Faridah berkata, berat badan berlebihan mudah diketahui terutama apabila lemak berlebihan terkumpul pada bahagian pinggang. Lemak yang terkumpul pada bahagian itu bukan saja menyebabkan ukuran pinggang bertambah besar daripada sebelumnya, tetapi akan meningkatkan risiko kesihatan dengan ketara berbanding lemak tersimpan pada pinggul atau paha.

Keadaan itu akan meningkatkan risiko menghidapi penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit kencing manis, penyakit jantung, strok, barah, masalah sendi dan penyakit pernafasan. "Lebih gemuk seseorang itu maka lebih mudah untuknya mendapat penyakit diabetes jenis 2. Penyakit diabetes ini akan mendedahkan individu berkenaan risiko serangan sakit jantung, kegagalan buah pinggang, strok dan gangren serta mempunyai banyak kolestrol. Serangan pertama sakit jantung boleh menyebabkannya maut.

"Selain terdedah dengan risiko pelbagai penyakit, mereka yang obesiti dan sudah berkahwin turut mengalami masalah kesuburan. Bagi wanita yang hamil pula akan menghadapi banyak masalah kesihatan," katanya ketika membincangkan topik Kebaikan Menurunkan 10 peratus Berat Badan. Dr Faridah turut mengingatkan ibu bapa agar memantau berat badan dan menjaga pemakanan serta kegiatan aktiviti anak mereka kerana pada masa kini, kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada menghadapi masalah obesiti. Sehinggakan ada kanak-kanak yang menghidap diabetes seawal usia sembilan tahun. Di Barat, katanya, masalah obesiti di kalangan kanak-kanak kini dipandang serius. Misalnya, di United Kingdom, tahun lalu pihak berkuasa memberi kata dua, akan menarik hak penjagaan ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang mempunyai berat badan 218 paun kecuali wanita itu memperbaiki diet anaknya. "Ibu bapa perlu ingat obesiti tidak comel, tetapi adalah masalah.

Selain diabetes, gemuk berlebihan juga boleh menyebabkan individu itu menghidap penyakit serangan sakit jantung dan barah, termasuk barah kolon, barah payu dara serta barah rahim. Malah, masalah kegemukan juga menyebabkan individu itu berdepan dengan sindrom kesukaran tidur yang boleh membuatkannya berdengkur kuat atau kurang mendapat kualiti tidur cukup," katanya. Beliau berkata, berat badan berlebihan juga menjejaskan kualiti kehidupan seseorang itu dan menimbulkan lebih banyak kesakitan serta kesulitan dalam rutin hariannya. Antara kesakitan yang sering dialami oleh mereka yang terlalu gemuk ialah sakit sendi, sakit belakang dan sebagainya. Bagi yang bekerja, lebih menghadapi masalah kerana terpaksa kerap mengambil cuti sakit dan sudah tentu ia akan menjejaskan prestasi kerja serta kurang disenangi majikan.

Bagi mengatasi masalah kegemukan Dr Faridah berkata, langkah pencegahan adalah yang terbaik dan ia hendaklah dimulakan daripada peringkat kanak-kanak lagi. "Individu yang berjaya mengurangkan 10 peratus daripada berat badan mereka akan menyaksikan peningkatan kesihatan seperti menurunkan risiko menghadapi tekanan darah, kolesterol lebih rendah, sakit jantung dan penyakit kencing manis jenis 2. "Bagaimanapun, individu yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan perlu melakukannya melalui kaedah sihat, selamat dan bukannya mengikut aliran diet yang tidak pasti kesahihannya," katanya.

Dr Faridah berkata, bagi mengurangkan berat badan secara sihat, seseorang individu perlu menukar diet pemakanannya, meningkatkan aktiviti fizikal, mengubah cara kehidupan dan berbincang dengan doktor mengenai cara menggunakan ubat-ubatan berdaftar bagi membantu usaha menurunkan berat badan. "Jika seseorang itu sudah obesiti, tetapi berjaya kurangkan berat badan yang berkekalan antara lima hingga 10 peratus ia dapat membantu meningkatkan tahap kesihatannya. Pengurangan berat badan yang berkekalan walaupun pada kadar sederhana seperti itu didapati boleh mengurangkan risiko kesihatan, termasuk memastikan tahap kolesterol dan kawalan diabetes serta tekanan darah bertambah baik. Selain itu ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok dan barah," katanya.

INFO: Menurut Garis Panduan Asia Pasifik, ukuran pinggang anda sepatutnya:
Ukuran Pinggang ----- Risiko bertambah jika melebihi
Lelaki ----- 90 sentimeter (35.5 inci)
Perempuan ----- 80 sentimeter (31.5 inci)

Jumlah kalori yang boleh digunakan sepanjang 30 minit melakukan senaman berikut:
Berdansa 178 kalori
Berjoging 228 kalori
Bermain tenis 228 kalori
Bermain golf (dengan buggy) 113 kalori
Berenang 195 kalori
Bermain boling 98 kalori
Mengayuh basikal 129 kalori
Bermain badminton 156 kalori

Wednesday, June 11, 2008

MOVIE OH MOVIE

Salam Watchaaaa.....

Last weekend on the Saturday, me, hubby and my boys went for this movie. actually, I've got free ticket (opps again; that day went for Narnia, but tickets courtesy from their maklang TV3), but this time with little effort...As my boys are the McD's clubmembers, and McD's offered numerous tickets with the condition and terms lah....

So, the mom (me lah) hee..hee... did the necessary and yes we received 4 tickets which worth RM40....hee..sapa nak bagi kan? So, we watched at Alamanda. had to leave Alisya and Azzalea...ala...ciannya....takper, your time will come....

Boys definitely enjoyed the movie except their daddy.....he fall asleep in the cinema! Huh sungguh buang karan....

Instead of learnt the moral of the story they also did and practised this...haa..ha...(keluar jer dr wayang tu terus praktis). Sabar jer....

Last month (24th May) we watched Narnia. But this time without Hubby bcoz he had to go to work. So we went with the sponsor lah Maklang.... Boys were extremely happy and enjoyed the movie, since this story was engorged with live and talking animals, trees etc...kan? The mom pulak....suka tgk muka Prince of Caspian nya....hensem kan?

Sesapa yg tak tau, namanya Ben Barnes.....heheh...ala2 Faizal Tahir versi UK ....

Hmm oklah guys...saja jer nak share citer....
Bukannya apa, as a mom I tried my best to always enlightened them and bring smiles onto their faces..... When they do, I'll feel so good....

Wassalam.

Thursday, May 22, 2008

Current Updates

Hi semua....

Current updates of myself:

1. New Office

Started to work in new environment, I've placed in a new room, late Dr. Fatimah's room. Still sharing with the other tutors, better because of the spacious room and quite lonely here.

2. Writing...writing...writing....

I've lost tract for some times because of busy moving, and few personal problems. Children not so well, ada yg demam, ada yg sakit perut, etc...ala tu adatlah org ada anak kecik...Apapun moga anakku cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. Bila dah stuck, loose concentration, hmm...mulalah kan....

3. Baru balik dari Ipoh

Visited my mum...terasa rindu pulak pada dia, and of course I've visited my abah's grave coz missing him too much. Dah alang2 blk Ipoh, bawa anak2, mak and my brother's family to Lost World Tambun. Anak2 happy sakan dapat berendam dari kul 11am till 6pm. We had fun too.

Well, itu jer buat masa nih....will upload the photos later ok....
Wassalam.

Monday, May 12, 2008

Malacca Trip









We took a break during Labour's Day. Since we've promised to our kids to bring them to Malacca Zoo. Spent about 6 hours in the Zoo, and they were so happy. Check -in in Everly Resort, quite nice place, peace and calm....the best part is it facing the sea.....and for our kids the pool and the bathtub..ha..ha...ha...



The next day we went to Malacca town, arggh, time seems not enough for us. Made a quick shopping and visited those historical places. And again our sons so eager to naik beca...Guys, you can see from the photos....


And I'm having good ikan bakar treats from hubby's friend at Duyung and also at Tok Mel's place in Ayer Molek on the first night. Can't forget the yummy breakfast at the kampong nearby the resort...such a delicious lempeng kelapa and lempeng pisang, nasi lemak and asam pedas ....


The best part is my son's (Aidiel) achievement....he can swim by his own at 51/2 yrs old.... Alhamdulillah and we're so proud of you Along..... tgklah gambar nie....power tak?


In conclusion, we really had fun together...though so tired, but so happy and satisfied when our kids mentioned that they felt very happy too.....

Thursday, April 24, 2008

MY BOYS' STORIES


So funny sometimes with my boys....

Last Monday we went to the night market. There I met with my Iraqi postgrad male friends, so the two of them were so excited looking at my boys. After shaked hands, and they gone, in the car my elder son started to query.

Aidiel:Mom, who is that?

Me: Ibu's friends

Aidiel: Why you're speak in English?

Me: Bcoz they're not Malaysian, they're from Iraq, a place far from here, near Arab (when u read quran, quran language is arabics)

Aidiel: Oh, ok. But why you friends with them? They are men....

Me : Well, men can be my friends too.

Aidiel: But, ibu, YOU"RE MARRIED!!!!!

Me: Oh my Gosh....with a big grin....

And today, I brought Ariff to HKL to review his dental case, (Last month he had his 4 front teeth removed under GA) he keeps on asking me to warn the dentist....:Jangan jahit gigi angah lagi tau". All the nurses and the dentist were laughing at him....
Hee....macam2 sungguh.


Thursday, April 17, 2008

POSTGRADUATE SEMINAR- post

Alhamdulillah....dah lepas seminar....

I think I've done the best that i can, and for the question and answer parts I've answered as usual manners except for the favourite question which is very difficult to explain....

Anyway, I've passed one obstacles and hoping to finish up this PhD successfully soon.

Lastly, so passionate with this song...the lyrics really stimulate and give me spiritual encouragement and motivation....

HANYA DI MERCU - Ayu OIAM

Mimpi dan harapan
Bagai duri yang mencengkam
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpanTerpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang

Chorus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencubaBila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani
Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citakuDi mercu

Mimpi dan harapan
cecita yang tinggi menjulang
Seandainya ku biar cecita dihati tersimpanTerpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang

Chorus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus beraniLalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citakuDi mercu

Bridge:
Aku mencari kekuatan dalam kelemahan
Aku temui kejayaan dalam keberanian

Moga lagu nie menjadi inspirasi kepada sahabat2 yg juga sedang berjuang esp 'Adik and Ell'....All the best to us, ok?

Wassalam.....

Wednesday, April 16, 2008

POSTGRADUATE SEMINAR

Jeng...jeng...jeng....

Tomorrow I will present my final progress of my PhD in the postgrad seminar....
Hope i can do the best for it, amin.

Other important task is definitely the thesis writing...which still long to be completed. Dunno I can make it to my target or not, but will try.

Children currently having coughing and flu...kesian kat diaorang....

Oklah...will report the situation for tomorrow....

Bye

Thursday, April 10, 2008

Dah setahun berlalu rupanya....




Salam semua....

Pejam celik, pejam celik dah setahun rupanya I didnot visit my blog....Uuiii lama tu...bukannya apa, since pindah ofis, ngan internet prob etc...masuk maternity leave lagi...bla...bla...biasalah tu kan

So, recently I decided to write back in this blog....

And initially I would like to introduce my baby Azzalea Irdina. This is she...isn't she cute? When she's born, everyone keep saying she's Oshin. Some of my relatives still called her by that name..mana taknya...tgkjer lah..how sepet she is.... this photo was taken at the age of 3 months..... Now, she's already 8 months plus...
Ok, about my study, now I'm concentrate on my writing part, the most challenging one. try to finish as soon as I can....wish everything run smoothly....
Oklah for the time being....gtg and cu next time. Bye....